Mengenai E50
Memperkenalkan Enterprise 50
Anugerah Enterprise 50 (E50) adalah program anugerah berprestij bagi mengiktiraf pencapaian 50 PMKS terunggul di Malaysia. Diperkenalkan pada tahun 1997, Anugerah ini bertujuan untuk mendorong pencapaian syarikat yang lebih cemerlang di kalangan syarikat tempatan di samping menggalakkan PMKS untuk memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi negara.
50
Pemenang akan dipilih daripada pencalonan yang diterima dimana penilaian terhadap kedudukan kewangan serta operasi syarikat akan dilaksanakan secara menyeluruh.
Objektif Program E50
Mendorong pencapaian syarikat yang lebih cemerlang di kalangan PMKS tempatan serta memberi pengiktirafan ke atas sumbangan syarikat ke arah pembangunan negara.
Faedah Pemenang E50
manfaat Anugerah Enterprise 50
- Diiktiraf 50 PMKS terbaik di Malaysia
- Penjenamaan sebagai syarikat yang berprestij
- Hak menggunakan logo E50
- Diberi keutamaan sertai program SME Corp. Malaysia termasuk sesi Padanan Perniagaan
- Dikenalpasti sebagai berpotensi untuk tersenarai di Bursa Malaysia
Enterprise 50
Bertemu dengan pemenang
Majlis Pelancaran E50
Siri Jelajah E50
SIRI JELAJAH ENTERPRISE 50 2024
Penyertaan E50
Daftar minat untuk menyertai e50 [klik]
Permohonan Program E50 telah ditutup.
- Memenuhi definisi PMKS
- Memperolehi penarafan 4 dan 5 bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan (SCORE)
- Tidak tersenarai di Bursa Malaysia
- Mempunyai penyata kewangan tahunan yang diaudit (3 tahun terkini)
- Anak syarikat tidak layak sekiranya syarikat induk mengambil bahagian
- Yuran penyertaan: RM 2,000.00
- Pencalonan bagi Anugerah Enterprise 50 (E50) perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web https://mybpi.smecorp.gov.my
- Maklumat yang dikemukakan bersama semua dokumen-dokumen yang dilampirkan semasa pencalonan adalah benar dan betul;
- Keputusan penganjur adalah muktamad dan segala maklumat syarikat yang diterima adalah dirahsiakan;
- Syarikat perlu memastikan penjelasan dan maklumat tambahan yang berkaitan dikemukakan kepada penganjur;
- Syarikat yang telah menerima Anugerah E50 perlu mematuhi garis panduan penggunaan logo E50;
- Pihak penganjur boleh menarik balik anugerah sekiranya syarikat melanggar mana-mana syarat pencalonan yang telah ditetapkan; dan
- Penarikan diri daripada Anugerah E50 atas kerelaan sendiri setelah mengemukakan pencalonan adalah melanggar syarat pencalonan, dan menyebabkan yuran pemprosesan dan semua dokumen yang telah diserahkan tidak akan dikembalikan.
Setelah menerima pencalonan beserta dokumen lengkap, setiap syarikat yang mengambil bahagian akan dinilai berdasarkan kategori-kategori seperti berikut:
- Kedudukan kewangan Syarikat
- Pendigitalan & E-Dagang
- Pengadaptasian ESG
- Kewujudan Pasaran
- Pertumbuhan Hasil
- Pemposturan Aktif
(Nota: Untuk memelihara kerahsiaan, maklumat kewangan syarikat TIDAK akan dikongsikan secara terbuka. Maklumat kewangan hanya akan digunakan untuk tujuan penilaian dan akan diterbitkan sebagai peratusan atau nisbah. Walau bagaimanapun, keuntungan dan angka lain boleh digunakan secara dalaman bagi tujuan penyelidikan).
Semua syarikat akan diberikan markah berdasarkan kategori penilaian yang telah ditetapkan. Sesi lawatan syarikat yang disenarai pendek akan diadakan untuk tujuan verifikasi. Kedudukan syarikat akan dikenalpasti sebelum diserahkan kepada Panel Juri Bebas untuk pengesahan selanjutnya.
Panel Juri Bebas akan bersidang untuk menetapkan dan memoderasi kedudukan semua syarikat yang mengambil bahagian. Kedudukan dan markah semua syarikat yang mengambil bahagian adalah mutlak dan akan disenarai pendekkan sebagai penerima Anugerah E50.
FAQ
Soalan Lazim
- Syarikat perlu mengisi butiran maklumat yang diperlukan di pautan https://mybpi.smecorp.gov.my bagi tujuan penilaian dan pertimbangan sebagai 50 syarikat terbaik.
- Semua pencalonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan sepertimana yang disenaraikan di atas.
- Syarikat-syarikat yang telah disenarai pendek sebagai Penerima Anugerah E50 akan dimaklumkan secara rasmi semasa Majlis Anugerah Enterprise 50 (E50).
Penilaian adalah berdasarkan kepada kedudukan kewangan serta operasi syarikat secara menyeluruh mengikut kategori-kategori berikut:
- Kedudukan kewangan Syarikat
- Pendigitalan & E-Dagang
- Pengadaptasian ESG
- Kewujudan Pasaran
- Pertumbuhan Hasil
- Pemposturan Aktif
Berdasarkan kepada populasi semasa syarikat yang mempunyai penarafan 4 dan 5 bintang di dalam pengkalan data SCORE, bilangan 50 ini adalah berkadar terus dengan populasi syarikat.
Penilaian akan dilaksanakan oleh beberapa panel juri bebas, yang diiktiraf, di mana satu Jawatankuasa Pemandu akan dibentuk bagi menilai serta mempertimbangkan senarai pencalonan yang diterima.
Anugerah ini turut dikenali di peringkat antarabangsa untuk mengiktiraf kecemerlangan perniagaan di pasaran domestik. Negara Singapura dan Indonesia turut mempunyai anugerah yang serupa.
Hubungi Kami
hubungi kami hari ini!
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Cik Khairiyah Jaafar (03-27756322 / khairiyah@smecorp.gov.my)
Cik Azlinda Binti Ismail (03-27756040 / azlinda@smecorp.gov.my)